Jabaran Imigresen dan JPN disiasat
3 JUL : Perdana Menteri mendedahkan pihak berkuasa kini sedang menyiasat
Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menerima menerima maklumat wujudnya unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warga negara dengan bayaran tertentu.
“Nak beri satu makluman, semalam saya terima mungkin masih dalam siasatan di JPN.
“Kita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran. Tapi jumlahnya terlalu kecil harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Dalam masa yang sama beliau berkata, masih ada kelompok kecil dalam Jabatan Imigresen (JIM) yang selesa dengan amalan lama khususnya pelakuan rasuah.
Umpamanya semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.
“Saya percaya itu bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak. Selalu kita sebut, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tambah Anwar.
Semalam, Anwar membuat lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas isu kekecohan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa pegawai JIM mengamalkan rasuah dengan meminta sejumlah wang daripada pelancong China.
Ekoran itu, beliau memberi jaminan menjalankan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu berkenaan