3 JUL : Pope Francis mengutuk dan menolak perbuatan membakar kitab suci umat Islam, al-Quran di Stockholm minggu lepas, sekali gus mencetuskan mencetuskan kemarahan dan kebencian akan perkara itu.
“Mana-mana buku yang dianggap suci harus dihormati demi menghormati mereka yang mempercayainya,” agensi berita Itali ANSA memetik kenyataannya dalam wawancara dengan akhbar Emiriah Arab Bersatu Al Ittihad yang diterbitkan Isnin
Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai cara untuk menghina orang lain dan tindakan membenarkan perbuatan seumpama itu ditolak dan dikutuk,” katanya.
Pada 28 Jun, seorang warga Sweden yang berasal dari Iraq dilaporkan mengoyakkan senaskah al-Quran sebelum membakarnya di hadapan masjid Stockholm semasa demonstrasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Sweden.
Insiden itu berlaku ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha.