3 JUL : Mesyuarat Khas akan diadakan pada Rabu ini oleh Suruhanjaya Pilih Raya (SPR) bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Menurut kenyataan SPR, mesyuarat akan pengerusikan Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Mesyuarat akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya.
Sidang media akan diadakan selepas mesyuarat itu.