4 JUL : Syiar Islam akan sentiasa dimartabatkan oleh Kerajaan Perpaduan, di samping memastikan hak serta keadilan rakyat Malaysia terus dipertahankan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan perkara itu dengan menjelaskan, beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut.
“Saya sebagai seorang Muslim tentu ada tanggungjawab dengan hak untuk pertahan.. hak meninggikan syiar dan keadilan termasuk kepada golongan bukan Islam.
“Dalam konsep Malaysia Madani juga tidak lari daripada prinsip ini,” katanya.
Beliau dalm masa yang sama turut berharap agar rakyat Malaysia memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam konsep Malaysia Madani.