4 JUL : Tarif air di negeri Selangor masih kekal, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Jelasnya, ini kerana tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.
“Kerajaan negeri komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan,” katanya.
Beliau berlata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas laporan berita mendakwa tarif air di Lembah Klang meningkat tahun ini.
Menurutnya lagi, fokus utama pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.