5 JUL : Kementerian Kewangan menafikan laporan mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600.
Perkara itu dijelaskan dalam satu kenyataan media oleh Pasukan Respons Pantas, Kementerian Komunikasi dan Digital, hari ini.
“MOF menafikan kesahihan maklumat
mengenai pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan sebanyak
RM600 seperti yang tular di media sosial.
“MOF menjelaskan bahawa STR Fasa 3 telah disalurkan pada 26 Jun 2023 dan
bagi memastikan program STR 3 disasarkan kepada penerima yang layak,
tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023,” katanya.
Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my .
Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar
sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan
sahih.