5 JUL:- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri akan dijalankan serentak 12 Ogos ini.
Ia melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan perkara itu pada sidang media khas, sebentar tadi selepas mempengerusikan mesyuarat. bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN.
“SPR menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut. Hari penamaan calon 29 Julai 2023 (Sabtu), hari mengundi awal 8 Ogos 2023 (Selasa), hari mengundi 12 Ogos 2023 (Sabtu),” katanya.
Menurutnya tarikh itu diputuskan selepas SPR menerima notis pembubaran daripada Speaker dewan bagi keenam negeri terlibat.
“SPR memutuskan satu Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan seperti berikut
36 kerusi DUN Kedah, 45 kerusi DUN Kelantan, 32 kerusi DUN Terengganu, 40 kerusi Pulau Pinang, 56 kerusi DUN Selangor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan,” katanya.
Sementara itu, pada sidang media sama beliau memaklumkan tarikh permohonan bagi undi pos mengikut kategori.
“Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut iaitu 1A, petugas, ahli SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media 26 Julai 2023.
1B, warganegara Malaysia yang berada di luar negara 8 Julai 2023. 1C, agensi dan organisasi 11 Julai 2023,” katanya.
ends