6 JUL : Visa elektronik mula dikeluarkan untuk mengerjakan umrah sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan umat Islam menunaikan ibadah itu.
Visa berkenaan dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah, sejajar dengan Wawasan Saudi 2030 yang mahu meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah.
Menurut laporan Saudi Gazette, orang ramai yang mahu mendapatkan visa elektronik boleh menghantar permohonan ke platform Nusuk di https://www.nusuk.sa/ar/about, bagi membolehkan mereka tiba di Arab Saudi bermula 19 Julai depan.
Kementerian itu turut berkata, platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan kepada umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan ziarah di Mekah dan Madinah.
Ia juga menyediakan pilihan perkhidmatan rumah, residen dan pengangkutan kepada jemaah selain memudahkan akses kepada maklumat serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.