nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KWSP lancar aplikasi i-Akaun versi baharu

6 JUL : Dengan gabungan ciri-ciri inovatif dan interaktif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan aplikasi i-Akaun versi baharu.

Dalam platform terbaru itu, ia menyediakan pelbagai fungsi untuk ahli melaksanakan transaksi berkaitan KWSP, termasuklah pengiraan simpanan persaraan baharu bagi membantu menilai kecukupan simpanan apabila bersara nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pengenalan versi terkini aplikasi i-Akaun itu mencerminkan komitmen institusi berkenaan terhadap kesejahteraan kewangan dan perancangan persaraan ahli, selain menyokong perancangan masa depan yang lebih selamat.

“Kami memahami bahawa perancangan persaraan adalah satu perjalanan yang memerlukan pendekatan berhati-hati. Dengan ciri-ciri dan fungsi baharu dalam aplikasi i-Akaun, kami berhasrat menyediakan anda (ahli KWSP) aplikasi yang diperlukan untuk mengemudi perjalanan ini dengan yakin dan jelas.

“Melalui (aplikasi) antara muka yang mesra pengguna, anda sekarang boleh memantau sumbangan anda, mengesan pertumbuhan pelaburan, serta menilai kemajuan (simpanan) ke arah matlamat persaraan anda.

“Akses ‘real-time’ ini kepada maklumat kewangan membolehkan anda membuat pilihan yang berinformasi, mengambil langkah proaktif, dan kekal pada landasan yang betul dengan perancangan persaraan anda,” katanya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan ISWC 2023 dan melancarkan versi baharu aplikasi i-Akaun KWSP.

Berucap lanjut, Amir Hamzah berkata KWSP sedang melaksanakan langkah-langkah konkrit, dengan fokus untuk menjamin kesejahteraan masa depan persaraan rakyat Malaysia.

Jelas beliau, memandangkan keahlian KWSP kini mencecah seramai 15.8 juta, pihaknya berusaha melaksanakan strategi jangka panjang yang bertujuan mewujudkan impak positif dan memupuk kesejahteraan, khususnya dalam kalangan warga emas.

“Antara lain, KWSP kini tertumpu kepada memperluaskan perlindungan KWSP dan meningkatkan kecukupan simpanan persaraan ahli,” tambah beliau.

ISWC 2023 berlangsung selama dua hari ini, dan dianjurkan bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA).

Bertemakan ‘Changing the Game: Building the World We Want,’ program itu bertujuan menangani jurang kritikal dalam aspek perlindungan keselamatan sosial selain menyokong hak asas bagi mendapatkan perlindungan sosial.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.