8 JUL : Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Julai ini, di di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, Perak.
Majlis itu akan dimulakan dengan program ‘6600 Langkah Perpaduan’ di sebelah pagi, kemudian disusuli dengan program lain seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Kuiz Kenegaraan, Pertandingan Bintang Patriotik serta orang ramai yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan.
Selain itu, khemah pameran dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan, Jualan Rahmah, jualan barangan runcit dan buah-buahan serta trak makanan (food truck) turut disediakan.
Pada majlis yang sama, Perdana Menteri juga akan melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.
Konvoi ini akan mengelilingi seluruh pelosok negara bertujuan untuk menggelorakan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Orang ramai dijemput untuk bersama-sama menyertai ‘6600 Langkah Perpaduan’.