10 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, hari ini.
Beliau mengadakan lawatan ke Malaysia buat julung kalinya dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.
Dalam pertemuan di Perdana Putra Anwar dan Rajnath saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Perdana Menteri turut mengambil maklum memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Kementerian Pertahanan kedua-dua negara untuk menilai semula kerjasama pertahanan.
Terdahulu, Rajnath yang memulakan lawatan kerja ke Malaysia semalam, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Mohamad di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.
Rajnath dilantik sebagai Menteri Pertahanan India pada Mei 2019.