nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor

10 JUL : UMNO Sabah akan membantu kempen di negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata,  jentera UMNO Sabah sudah disiapkan untuk ke Selangor sepanjang tempoh kempen nanti sehingga pada hari mengundi 12 Ogos depan.

“Kita diamanahkan untuk membantu kempen PRN Selangor tetapi jika ada negeri lain yang memerlukan bantuan jentera UMNO Sabah dalam berkempen, kita juga bersedia ke sana.

“Ketika ini, UMNO Sabah merekodkan jumlah keahlian paling ramai di seluruh negara dengan seramai 583,979 ahli, jadi tiada masalah untuk kita menyediakan jentera bagi membantu PRN di Semenanjung.

“Dengan kekuatan yang ada, jentera UMNO Sabah bersedia untuk berjuang dalam memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, bilangan pemimpin dan jentera yang akan ditugaskan bagi membantu kempen PRN akan ditentukan selepas perbincangan kepemimpinan UMNO Sabah dalam masa terdekat.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata UMNO Sabah akan melakukan usaha kempen yang terbaik dan berkesan seperti pengalaman ketika membantu kempen PRN Melaka pada 2021 dan PRN Johor pada tahun lalu.

“Kita akan bergerak berkempen dari rumah ke rumah dan mengurangkan kempen secara perhimpunan kerana kempen rumah ke rumah walaupun di Selangor ini kawasannya agak luas namun lebih berkesan,” katanya.

Kira-kira 9.7 juta pengundi layak mengundi pada PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang akan diadakan serentak pada 12 Ogos depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, sebelum ini memaklumkan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai ini manakala 8 Ogos sebagai tarikh pengundian awal.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 29 Julai sehingga 11.59 malam, 11 Ogos depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.