11 JUL : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah populasi India adalah paling tinggi di dunia, dimana daripada keseluruhan 8 bilion populasi dunia, 1.425 bilion merupakan populasi India.
Bagaimanapun, pakar demografi menganggap ia sukar mendapat bacaan yang tepat kerana PBB hanya bergantung dengan anggaran sepenuhnya.
Menurut PBB lagi, jumlah penduduk China akan terus berkurangan di bawah 1 bilion sebelum akhir abad ini.
Menurut angka PBB, kedua-dua India dan China mempunyai tahap kesuburan yang sama pada tahun 1971, tetapi pada akhir dekad itu ia telah berkurangan separuh di China.
Faktor ini disumbang oleh dasar satu keluarga satu anak yang diperkenalkan China pada tahun 1980.
Bagaimanapun, ia telah dibatalkan pada Januari 2016 apabila China membenarkan dua anak bagi setiap pasangan.
Kini setelah India menjadi negara paling ramai penduduk di dunia, timbul persoalan sama ada ia mampu mengulangi kejayaan China menerajui ekonomi dan politik dunia.