13 JUL : Amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada tahap waspada di tiga negeri mulai hari ini hingga Sabtu (15 Julai).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ketiga-tiga negeri yang dijangka mengalami hujan berterusan itu ialah Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Sarawak, kawasan terjejas adalah di Limbang manakala di Sabah kawasan terlibat adalah di pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan pada 11.30 pagi ini.