15 JUL : Lebih 15 bandar disenaraikan oleh Itali dalam keadaan berjaga-jaga berikutan gelombang haba dijangka melanda beberapa kawasan hujung minggu ini.
Menurut Kementerian Kesihatan negara itu,
Kementerian meletakkan 15 bandar dalam senarai amaran merah pada Sabtu dan 16 pada Ahad, termasuk Rom, Bologna, Florence, Catania, Campobasso, Bari, Frosinone, Latina, Perugia, Pescara, Rieti, Viterbo, Cagliari, Civitavecchia, Messina, dan Palermo lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi ANSA.
Gelombang haba bukan sahaja mengancam warga emas, golongan rentan, dan kanak-kanak tetapi seluruh penduduk, menurut amaran itu.
Suhu dijangka melonjak 12 darjah Celsius (53.6F) lebih tinggi daripada purata.
Ramalan Sabtu untuk Rom ialah 37C (98.6F), dan 43C (109.4F) pada Ahad.
“Itali, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Poland semuanya menghadapi gelombang haba yang tinggi dengan suhu dijangka meningkat kepada 48C (118.4F) di pulau Sicily dan Sardinia – berpotensi merekodkan suhu paling panas di Eropah,” Agensi Angkasa Eropah memaklumkan pada Khamis.