Kes Sanusi berkaitan 3R masih dalam siasatan
17 JUL : Laporan mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka dihadapkan ke mahkamah, esok tiada kaitan dengan siasatan isu 3R (institusi raja, agama dan kaum).
Ini kerana jelasnya, isu tersebut masih berada dalam siasatan pihak polis dan perkara itu dimaklumkan ketika ditemui media pada Majlis Interaksi Bersama Speaker Dewan Negara di Parlimen, malam tadi.
“(Siasatan) itu belum (selesai) lagi. Saya pun belum dapat tahu apa-apa lagi (berhubung pendakwaan esok),” katanya.
Terdahulu, media melaporkan carian menerusi laman e-filing mahkamah, menunjukkan Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang, esok.
Ditanya berhubung perkara itu, Razarudin menjawab ringkas: “Oh yakah… saya tak ‘check’ (semak) lagi.”