18 JUL: Para pengamal media dilihat sudah mula berkumpul jam 7 pagi di bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang, Selayang bagi membuat liputan berhubung isu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, dijangka akan dituduh atas kesalahan 3R (agama, bangsa, raja), pagi ini.
Mereka berkumpul di pintu pagar bangunan mahkamah dimana pertuduhan berkenaan dijangka bermula 8.30 pagi tadi.
Setakat ini, belum kelihatan kelibat penyokong atau mana-mana pemimpin parti Pakatan Nasional (PN) berada di lokasi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat menugaskan kira-kira 10 pegawai dan anggotanya untuk membuat kawalan dan memantau situasi di kawasan pintu pagar utama masuk ke bangunan mahkamah.
Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Pendakwaan terhadap Sanusi akan dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut laporan Berita Harian, Sanusi dilaporkan ditahan awap pagi tadi di sebuah hotel di Mont Kiara.
Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7) serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.