nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong ingatkan jauhi hasad dengki, fitnah

19 JUL: Perasaan hasad dengki dan pemikiran prasangka sempit perlu dijauhi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan perkara itu kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

“Mengambil ibrah daripada peristiwa hijrah ini, beta ingin mengajak rakyat bersatu hati dalam membentuk sebuah masyarakat yang lembut dalam berbicara serta halus dalam berpesan.

“Harmoni dalam persaudaraan, jujur dalam pekerjaan, amanah dalam menggalas tugas dan gagah perkasa dalam mencipta kejayaan,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H/2023M, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Kira-kira 6,000 tetamu hadir pada majlis itu yang mewakili 110 kontinjen daripada agensi kerajaan dan swasta, dengan selebihnya orang awam.

Tema sambutan Maal Hjrah peringkat kebangsaan tahun ini ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’.

Baginda turut bertitah, semangat hijrah yang perlu dijelmakan rakyat ketika ini ialah menjaga kesatuan dan perpaduan.

“Penyatuan dan kesepaduan kaum Muhajirin dan Ansar yang berlaku 1,400 tahun lalu, adalah semangat hijrah yang wajar dijadikan pedoman utama dalam mengurus kepelbagaian dan kerencaman negara.

“Islah ke arah kebaikan mesti bermula dalam hati sanubari sendiri dengan penuh komited dan jujur,” titah baginda.

Seri Paduka juga menghargai usaha kerajaan dalam menggerakkan agenda Malaysia Madani bagi membentuk masyarakat yang menghayati nilai-nilai ihsan, mendokong prinsip keadilan dan mengamalkan semangat toleransi.

“Beta turut menghargai pelaksanaan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama menuju Malaysia Madani, sebagai langkah proaktif untuk menjayakan agenda pembangunan dan pembaharuan ummah.

“Selain itu, semangat dan roh hijrah dalam memupuk sifat amanah dan berintegriti hendaklah sentiasa tumbuh segar di dalam jiwa setiap rakyat Malaysia,” titah baginda.

Bersempena dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, baginda menyeru seluruh rakyat bersama mensyukuri akan nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang sudah dikecapi hingga kini.

“Suburkan rasa kasih dan kecantikan kita kepada tanahair ini, sebagaimana cintanya Rasulullah SAW kepada tanah kelahiran baginda,” titah Seri Paduka.

Sementara itu, baginda bertitah, penghijrahan Rasullulah SAW dari Kota Makkah ke Madinah sudah menjadi titik permulaan pembinaan sebuah negara Islam.

“Peristiwa hijrah juga sudah membuka helaian lembaran baru dalam usaha untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu serta menjulang tinggi nilai-nilai keinsanan.

“Negara Islam pertama sudah dibentuk berasaskan kepada semangat perpaduan dan hidup dengan penuh kerukunan di bawah Piagam Madinah yang bersifat inklusif, menaunggi masyarakat Islam dan bukan Islam.

“Penghijrahan Rasullulah SAW adalah pencetus kepada penyebaran agama Islam ke seluruh dunia,” titah baginda.


Get real time updates directly on you device, subscribe now.