nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga sawit melonjak susulan kemelut Russia-Ukraine

19 JUL: Susulan pembatalan laluan bijirin Russia-Ukraine, harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami tindak balas spontan yang menaik.

Menurut RHB Investment Bank, pelaburan itu mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor perladangan dengan jangkaan reaksi yang positif harga minyak bijirin dan minyak sayuran disebabkan pembatalan laluan berkenaan.

“Kami menekankan bahawa sebarang kekurangan bekalan hanya akan dilihat pada September, sementara Ukraine semakin kurang bergantung pada laluan ini untuk menghantar produknya keluar sejak kebelakangan ini.

“Tambahan lagi, pembeli menambah stok minyak bunga matahari dalam beberapa minggu ini bagi mengambil kira kemungkinan ini, maka paras stok di negara import adalah tinggi,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota kajian yang disediakan oleh penganalisis, Hoe Lee Leng dan Syahril Hanafiah.

Russia memutuskan untuk menghentikan Perjanjian Bijiran Laut Hitam yang mula dimeterai pada Julai 2022, beberapa jam sebelum ia tamat tempoh.

Perjanjian yang diperantarakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berulang kali dilanjutkan untuk beberapa tempoh yang pendek, ketika Russia semakin tidak puas hati dengan sekatan yang dikatakannya membataskan eksport bijirin dan baja dari negara itu pada tahap penuh.

Russia mungkin ubah fikiran RHB Investment Bank berkata, Russia bagaimanapun masih berkemungkinan akan mengubah fikirannya, seperti yang berlaku pada Oktober 2022, terutama kerana negara itu bakal rugi apabila perjanjian ini dibatalkan.

“Biji bunga matahari dari Russia dan Ukraine merangkumi 45 peratus daripada keluaran biji bunga matahari dunia. Kami tekankan bahawa kenaikan harga selepas pengumuman perang Russia-Ukraine sebelum ini menyebabkan inventori dikumpul secara bertimbun, lantas mengakibatkan permintaan yang lemah selama beberapa bulan apabila pengimport berusaha untuk menurunkan paras stok yang tinggi,” katanya.

Bank pelaburan itu juga percaya terdapat masa untuk isu laluan bijirin terbabit diselesaikan sebelum sebarang kesan buruk benar-benar terjadi pada bekalan keseluruhan minyak biji dan minyak sayuran, kerana kitaran tanaman seterusnya untuk penuaian di Russia dan Ukraine hanya bermula pada September.

“Perlu diambil maklum bahawa sebanyak 25 juta hingga 30 juta tan biji bunga matahari dikeluarkan setiap tahun oleh Russia dan Ukraine, atau sekitar 45 peratus daripada jumlah keluaran biji bunga matahari dunia.

“Tambahan pula, Ukraine tidak lagi begitu bergantung pada laluan bijirin. Menurut UkrAgroconsult, sejak Mac 2023, lebih banyak tanaman dihantar ke luar negara melalui pelabuhan sungai, laluan kereta api, dan jalan raya berbanding melalui laluan bijirin dan hanya kira-kira sejuta tan dihantar melalui laluan ini pada Mei (berbanding dua juta tan melalui pelabuhan sungai).

“Oleh itu, kebergantungan pada laluan ini sudah berkurang dengan ketara,” katanya.

RHB Investment Bank mengekalkan unjuran harga purata MSM pada RM3,900 satu tan pada masa ini, namun ia sedang menyemak semula andaian harga untuk 2024.

Pilihan utama saham bank pelaburan itu dalam sektor perladangan ialah Kuala Lumpur Kepong, IOI Corp, dan Wilmar International.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.