21 JUL: Seramai 108 calon mewakili Barisan Nasional (BN) dipertaruhkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebahagian besarnya adalah muka baharu serta gandingan calon ‘heavyweight’ yang mempunyai potensi untuk menang.
Daripada pencalonan itu juga, Ahmad Zahid turut berkata, 63 peratus calon ‘dacing’ kali ini muka baharu, dan hanya 18 peratus penyandang dicalonkan semula.
Menurut Ahmad Zahid, calon-calon yang dipilih telah melalui proses tapisan dan pertemuan secara peribadi telah dibuat bagi memastikan individu terbabit mampu menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat, kelak.
“Kita juga menampilkan kira-kira 87 peratus daripada calon ini memiliki kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi dan profesional.
“BN menampilkan wajah-wajah segar, yang insya-Allah mampu mengalas amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman tersebut sebentar tadi.
Di Selangor, BN kali ini menyaksikan pencalonan di 12 DUN daripada 56 DUN keseluruhannya, dimana buat kali pertama BN bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), akan bertanding di 44 DUN bagi menewaskan Perikatan Nasional (PN).
Kesemua 12 kerusi itu merupakan calon daripada UMNO berikutan parti komponennya, MIC dan MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding.
Selain itu, BN dilihat turut mempertaruhkan tiga bekas Menteri Besar dan seorang bekas menteri menjadi calon BN dalam PRN kali ini.
Pemimpin berkenaan adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempertahankan DUN Rantau di bawah Parlimen Rembau.
Antara lain yang diumumkan adalah dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said yanga kan bertanding di DUN Kijal, dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Seberang Takir.
Begitu juga muka lama yang turut menjadi harapan BN iaitu bekas Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Ahli MKT UMNO itu akan bertanding di DUN Bertam di bawah Parlimen Kepala Batas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, turut diumumkan sebagai calon mewakili DUN Pedu, sekali gus menyertai 15 calon lain pada PRN Kedah yang lain.
Dalam masa sama, seorang lagi muka lama adalah Datuk Seri Jalaludin Alias, yang juga Ahli Parlimen Jelebu dengan beliau akan memberi saingan di kerusi DUN Pertang.
BN SELANGOR
1) Sijangkang – Mohd Al Hafizi Abu Bakar
2) Dengkil – Noorazli Said
3) Selat Klang – Datuk Roslee Abd Hamid
4) Semenyih – Wan Zulaika Anua
5) Dusun Tua – Datuk Johan Abd Aziz
6) Gombak Setia – Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin
7) Kuang – Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican
8) Jeram – Datuk Jahaya Ibrahim
9) Sungai Burong – Mohamad Khir Ramli
10) Batang Kali – Datuk Mohd Isa Abu Kasim
11) Sungai Panjang – Datuk Mohd Imran Tamrin
12) Sungai Air Tawar – Datuk Rizam Ismail
DUN KEDAH
N01 Ayer Hangat – Hisham Suhaili Osman
N04 Ayer Hitam – Hayazi Azizan
N05 Bukit kayu hitam – Zainul Abidin Mohamad
N08 Pedu – Datuk Seri Mahdzir Khalid
N09 Bukit lada – Datuk Said Ali Syed Rastan
N15 Anak Bukit – Nor Hasita Md Isa
N19 Sungai Tiang – Mohammad Fadzil Zolkifpli
N21 Guar Cempedak – Abdul PAris Abdul Hamid
N24 Jeneri – Muhamad Khizri Abu Kassim
N27 Pantai Merdeka – Wan Mohalina Wan Mohamad
N30 Bayu – Ishak Mat
N32 Kuala Ketil – Suriati Che Mid
N33 Merbau Pulas – Asmadi Abu Talib
N36 Bandar Baharu – Nuraini Yusoff
DUN KELANTAN
Pengkalan Kubor – Zulkifli Abdullah
Kelaboran – Mohd Rosdi Razali
Wakaf Bharu – Abdul Mannan Md Said
Kijang – Haris Hussein
Chempaka – Nik Normi Nik Ayub
Bunut Payong – Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin
Tendong – Noor Hariri Mohamed Noor
Meranti – Zahri Omar
Gual Periok – Anuar Mohamad
Apam Putra – Akbar Salim
Salor – Mohamad Husain
Pantai Irama – Zakiah Md Noor
Jelawat – Yusri Che Noh
Melor – Azmi Ishak
Kok Lanas – Ahmad Deraman
Gual Ipoh – Zuhairi Zakaria
Kemahang – Mazli Mustafa
Selising – Hashim Ismail
Semerak – Marshella Ali
Gaal – Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin
Pulai Chondong – Muhammad Fahrakan
Kemuning – Mohd Fakaaruddin Ismail
Bukit Bunga – Mohd Adhan Kechik
Air Lanas – Nasrul Kamaruzaman
Kuala Balah – Mohd Yamiin Anuar Mat Zain
Guchil – Dr Zuber Hasan
Manek Urai – Suzaini Adlina Sukri
Dabong – Ahmad Firdaus Muhammad
Nenggiri – Ab Aziz Yussof
Paloh – Amran Arifin
Galas – Mohd Syahbuddin Hashim
DUN TERENGGANU
N.01 Kuala Besut – Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman
N.02 Kota Putera – Mohammad Pehimi Yusof
N.03 Jertih – Mohd Rozaini Rasli
N.04 Hulu Besut – Nawi Mohamad
N.05 Jabi – Rosdi Zakria
N.06 Permaisuri – Hamdan Hamzah
N.07 Langkap – Sabri Mohd Noor
N.08 Batu Rakit – Bazlan Abdul Rahman
N.09 Tepuh – Muhammad Hanafi Hasan
N.10 Buluh Gading – Omar Adam
N.11 Seberang Takir – Ahmad Razif Abdul Rahman
N.12 Bukit Tunggal – Wan Noorislam Wan Hashim
N.14 Bandar – Armi Irzan Mohd
N.15 Ladang – Sabri Alwi
N.17 Alur Limbat – Yuseri Isa
N.18 Bukit Payung – Mohd Khan Abd Rahman
N.20 Pengkalan Berangan – Nik Dir Nik Wan Ku
N.21 Telemung – Rozi Mamat
N.23 Kuala Berang – Jalaludin Ismail
N.24 Ajil – Jailani Johari
N.25 Bukit Besi – Dr Din Adam
N.26 Rantau Abang – Mohd Asri Mohamad
N.28 Paka – Ahmad Abdullah Abd Wahab
N.29 Kemasik – Khairi Afiq Mohd Yusof
N.30 Kijal – Ahmad Said
N.31 Cukai – Rahim Hussin
N.32 Air Putih – Dr Mohd Zaki Salleh
DUN Pulau Pinang
N.01 Penaga – Mohd Naim Salleh
N.02 Bertam – Reezal Merican Naina Merican
N.04 Permatang Berangan – Norhafizah Othman
N.05 Sungai Dua – Shaik Hussein Mydin
N.21 Sungai Acheh – Rashidi Zinol
N.40 Telok Bahang – Ahmad Zaki Shah Shah Headan
DUN NEGERI SEMBILAN
N.02 Pertang – Jalaluddin Alias
N.03 Sungai Lui – Razi Mohd Ali
N.05 Serting – Muhamad Zamri Omar
N.06 Palong – Mustafar Nagot
N.07 Jeram Padang – Mohd Zaidy Abdul Kadir
N.09 Lenggeng – Mohd Asna Amin
N.15 Juasseh – Bibi Sharliza Mohd Khalid
N.16 Seri Menanti – Muhammad Sufian Maradzi
N.17 Senaling – Ismail Lasim
N.19 Johol – Saiful Yazan Sulaiman
N.26 Chembong – Zaifulbahri Idris
N.27 Rantau – Mohamad Hassan
N.28 Kota – Suhaimi Aini
N.31 Bagan Pinang – Mohd Najib Mohd Isa
N.32 Linggi – Mohd Faizal Ramli
N.34 Gemas – Abd Razak Ab Said
N.35 Gemencheh – Suhaimizan Bizar