24 JUL: Kekosongan jawatan doktor termasuk di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
akan diisi bagi memastikan tahap kesihatan rakyat sentiasa terpelihara.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, dalm hal ini, kementeria sentiasa peka jika berlaku kekurangan petugas termasuk doktor di hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara.
“Kita sedang melakukan proses pemindahan doktor yang mendapat penempatan tetap merangkumi semua tempat di seluruh negara.
“Bila ada doktor keluar kita akan gantikan kekosongan itu dengan doktor lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) hari ini.
Dr Zaliha dalam masa yang sama turut berkata, operasi HKL tidak terjejas walaupun akan berlaku perpindahan doktor.
“Kita tidak akan membiarkan operasi di fasiliti kesihatan bawah kawalan kerajaan terjejas dan isu itu dalam pengetahuan, malah kita sudah membuat pemetaan memastikan doktor yang keluar diganti semula,” katanya.
Beliau diminta mengulas laporan mengenai pemindahan 1,000 petugas perubatan di sekitar Lembah Klang mulai akhir bulan ini.