25 JUL: Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dipersetujui untuk disemak semula dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan itu digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi.
Perkara itu dipersetujui jemaah menteri secara prinsip dimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institut) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau telah membentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini hasil Dialog Perundangan 3R yang diadakan pada 21 Julai lepas bagi menangani isu provokasi melibatkan agama, bangsa dan Institusi Raja-Raja (3R).
Katamya lagi, aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu, jika perlu, mengenai keharmonian dan perpaduan negara dengan mengambil kira pandangan Institusi Raja-Raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.
“Ia bagi memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan adalah benar-benar bertujuan untuk melindungi Institusi Raja-Raja secara holistik,” katanya.