nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Filipina perlu lebih efektif dalam pasaran industri halal Timur Tengah

26 JUL: Pasaran industri halal Timur Tengah perlu lebih efektif untuk ditembusi kerajaan Malaysia dan Filipina.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut dibincang bersama dengan Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr ketika pertemuan empat mata di bangunan Perdana Putra, hari ini.

“Kami menyentuh mengenai potensi industri halal antara kedua-dua negara terutama dalam aspek pensijilan halal,” katanya dalam kenyataan bersama di sini.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, kedua-dua negara turut membincangkan mengenai usaha untuk memperkasakan hubungan bilateral terutama berkaitan perdagangan dan pelaburan.

“Filipina mempunyai kekuatan ekonomi tersendiri dalam kapasiti sektor perniagaan,” katanya.

Dalam hal ini, katanya lagi, peluang perlu diambil oleh pihak komuniti perniagaan untuk mengembangkan lagi hubungan bilateral serta ekonomi dan pada masa sama menghidupkan semula ekonomi kedua-dua negara pada pascapandemik Covid-19.

Selain itu, turut dibincangkan kedua-dua pemimpin itu mengenai isu kemanusiaan layanan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

“Akhir sekali, isu yang kami sentuh adalah mengenai Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JMC) akan diadakan hujung tahun ini bagi mempercepatkan beberapa perjanjian persefahaman (MoU),” ujar beliau.

Sementara itu, Marcos berkata, JMC akan diadakan pada Oktober depan bagi membolehkan agensi kerajaan kedua-dua negara mengadakan perbincangan lebih terperinci terutama dalam aspek jenayah rentas sempadan, pertanian, industri halal, perbankan Islam, pendidikan, pelancongan, budaya, sukan serta ekonomi digital.

“Kami juga akan meneruskan kerjasama membabitkan perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan yang mana akan ditandatangani dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata, Filipina dan Malaysia juga komited mengkoordinasi usaha membangunkan Wilayah Autonomi Bangsamoro di selatan Filipina.

Ia sebagai antara inisiatif memperkasakan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

“Antara sektor yang boleh diterokai bersama adalah seperti industri halal, perbankan Islam dan keselamatan makanan,” katanya.

Terdahulu, Marcos diberi sambutan di Istana Negara sempena lawatan sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.

Ketibaan beliau bersama isteri, Louise Araneta-Marcos pada jam 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.