26 JUL : Program Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat akan dilancarkan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Program tersebut dijangka akan bermula jam 9 pagi.
Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar memberitahu, program itu merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
“Esok saya akan meluncurkan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.
“Nantikan, Insya-Allah,” katanya.