nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perlu jadi jaguh ekonomi serantau


27 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Malaysia perlu menjadi jaguh ekonomi serantau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata negara ini mesti mempunyai minda global dan mengutamakan pengantarabangsaan ekonomi untuk muncul sebagai 30 ekonomi terbesar dunia seperti yang disasarkan.

“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara 4 hingga 5% namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5%. Malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan 6%.”.

“Untuk realisasikan sasaran besar ini, kita perlu membentuk integrasi ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran dan usaha kita sekarang perlu melangkaui perjanjian perdagangan bebas.
“Melangkah ke depan, misi baharu perindustrian di bawah NIPM akan menumpukan aktiviti dengan nilai tambah tinggi atau kecanggihan ekonomi dan kerajaan akan memperkenalkan insentif cukai berasaskan pencapaian bagi mendukung dan memberi ganjaran kepada syarikat yang menumpukan aktiviti berdampak tinggi,” katanya dalam ucapan sempena Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelumnya, beliau mengumumkan kerangka ekonomi baharu, Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini di mana ekonomi akan distruktur semula ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara yang akhirnya, rakyat akan menerima limpahan bagi menikmati kehidupan lebih bermutu.

“Ia perihal mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan dua tumpuan utama iaitu menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan akhirnya memberi limpahan hasil kepada rakyat untuk menikmati kehidupan lebih berkualiti.

“Ini merupakan sebuah rencana menyeluruh dan teliti bagi menghadapi pelbagai tantangan saat ini mencakupi isu-isu jangka panjang terkait daya saing dan daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.

“Dan juga isu-isu semasa yang perlu segera ditangani seperti kenaikan kos sara hidup yang mengesankan rakyat,” katanya.

Menurutnya, Ekonomi MADANI dirangka untuk membawa Malaysia menjadi Peneraju Ekonomi Asia di mana bagi mencapai hasrat tersebut, struktur ekonomi negara perlu dirombak.

Jelasnya, Ekonomi MADANI itu bakal menjadi induk kepada beberapa dasar khusus yang akan diumumkan kelak termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancaangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Tambah Anwar, Ekonomi MADANI turut menetapkan sasaran jangka pendek yang sudah pun digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

“Ini termasuk menyegerakan pelaksanaan projek sekolah dan klinik daif serta menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini juga,” katanya.

Beliau turut menggariskan tujuh penanda aras Ekonomi MADANI untuk sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum tempoh 10 tahun.
“Pertama, Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia. Kedua, Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia. Ketiga, peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan.
“Keempat, kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%. Kelima, Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia. Keenam, Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan ketujuh, kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah,” katanya.Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.