31 JUL: Pemasang logo ‘X’ oleh Elon Musk yang bercahaya terang di San Francisco bagi menandakan pengekalan syarikat media sosial yang dahulunya dikenai sebagai Twitter itu telah mengundang rasa tidak puas hati oleh pegawai bandar dan penduduk di kawasan tersebut.
Logo X dipasang di atas bumbung ibu pejabat Market Street dan ia mengundang kekecewaan jiran-jiran terdekatnya yang mengadu mengenai lampu yang menganggu.
Pemasangan struktur berkenaan kini disiasat Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco dan berkata ia mungkin melanggar beberapa peraturan pihak berkuasa tempatan.
Musk, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, memindahkan ibu pejabat syarikat itu dari California ke Texas pada tahun 2021.
Mengekalkan pejabat X di San Francisco boleh menjadi petanda baik bagi bandar yang sedang bergelut untuk bangkit daripada ketiadaan pelancongan dan kerugian perniagaan yang dialami semasa pandemik.