1 OGOS: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menyertai sebarang program kempen untuk PRN 12 Ogos ini.
Menurut Pengerusinya, Abang Johari Openg, kehadiran GPS pada hari penamaan calon hanyalah sekadar memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.
“Kita tidak ada menghantar jentera (pilihan raya) kita. Saya ada di sana atas tanda kita sokong kerajaan perpaduan,” kata Premier Sarawak menurut Utusan Malaysia.
Abang Johari sebelum ini telah turun padang bersama-sama Anwar mengiringi calon-calon Kerajaan Perpaduan bagi kerusi DUN Selangor Sabtu lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.