2 OGOS: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa atas tuduhan jenayah berkaitan cuba membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya AS pada 2020.
Tuduhan tersebut adalah berkaitan tuduhan jenayah ketiga ke atas beliau dalam tempoh empat bulan terakhir.
Beliau didakwa atas tuduhan bersubahat untuk menipu kerajaan AS, cubaan untuk menyogok seorang saksi dan bersubahat untuk menghalang suara rakyat.
Dakwaan ini menghakhiri siasatan persekutuan berhubung rusuhan di Capitol yang berlaku hampir tiga tahun lalu.
Bekas Presiden itu menafikan segala tuduhan terhadapnya.
Trump juga didakwa dalam dua lagi kes berasingan berhubung pengendalian dokumen rahsia kerajaan dan membayar pelakon lucah sebelum pilihan raya 2016.
Siasatan berkenaan memberi tumpuan kepada tindakan Trump dalam tempoh dua bulan selepas kalah dalam pilihan raya dan rusuhan di Washington DC, di mana penyokongnya menyerbu Congress ketika Ahli Parlimen mengesahkan kemenangan Presiden Joe Biden.