nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tambah sasaran TVET JELITA 150,000 pelajar

3 OGOS: Kerajaan meletakkan sasaran pengambilan seramai 150,000 pelajar wanita untuk mendaftar di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi wanita atau JELITA menjelang tahun 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program berkenaan dilihat mempunyai permintaan tinggi dan sasaran 15,000 pelajar yang ditetapkan sebelum ini hanya suatu jumlah yang kecil.

“Biarpun pengurusan mensasarkan 15,000 pelajar-pelajar yang akan mendaftar dengan TVET khas wanita ini, tetapi permohonan setakat ini telah mencapai 7,000.

“Ertinya jumlah yang disasarkan terlalu kecil. Saya telah meletakkan sasaran baharu seramai 150,000 pelajar. Tempoh mencapai sasaran ini saya fikir elok sebelum tahun 2026

“Jika sasaran ini telah dicapai seawal tahun 2025 sekali pun, maka saya yakin matlamat itu harus ditambahkan kerana permintaan kepada guna tenaga wanita yang berkemahiran sangat-sangat tinggi, namun mereka tidak dapat latihan mengikut bidang-bidang yang menjadi permintaan kepada industri,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran TVET Wanita@Jelita di Dewan Merdeka, PUsat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Beliau juga menyifatkan program pendidikan yang berfokuskan kepada kumpulan wanita ini bakal memberi peluang keemasan untuk mengembangkan bakat, kemahiran, keterampilan serta pengetahuan untuk perjalanan karier golongan wanita.

Selain itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) percaya program pendidikan yang bertumpu kepada kumpulan wanita ini bakal memberi peluang golongan wanita untuk mengembangkan bakat, kemahiran, keterampilan serta pengetahuan.

“Golongan wanita bukan sahaja memainkan peranan utama dalam pembentukan generasi akan datang bahkan menjadi antara pemangkin pembangunan ekonomi negara.

“Justeru, Program TVET Khas Wanita yang diperkenalkan hari ini merupakan inisiatif yang penting dalam usaha memperkasa golongan wanita dengan membuka peluang untuk pendidikan kemahiran yang dapat meningkatkan kesejahteraan kehidupan,” katanya.

Pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas untuk wanita @JELITA merupakan inisiatif pihak kerajaan bagi memperkasakan ekonomi wanita melalui pengembangan bakat, kemahiran, ketrampilan dan pengetahuan.

Program JELITA diharapkan akan membuka jalan bagi wanita di seluruh negara untuk menggali potensi mereka dalam bidang teknikal serta mencipta peluang kejayaan dalam sektor pekerjaan berkembang pesat. Oleh NURUL AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.