9 OGOS : Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam hal ini, pelbagai langkah berkaitan dasar kerajaan kini sedang digerakkan.
“Negara ini mesti diselamatkan daripada pihak yang bicara soal bersih berdegar-degar tapi realitinya jauh bertentangan.
“Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Stadium Paroi, Seremban dimana ia turut dihadiri pemimpin parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.
Malah jelas Anwar lagi, rakyat perlu bersatu dalam mendukung usaha kerajaan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.
Program berkenaan yang dibanjiri ribuan penyokong turut dihadiri pemimpin parti dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan.