10 OGOS : Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy isytihar keluar parti dan melepaskan ke semua jawatan yang ada di dalam parti.
Ia termasuklah jawatan peringkat cawangan dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang.
Keputusan itu dibuat menerusi sidang media sebentar tadi.
Beliau dalam masa yang sama turut mengumumkan yang beliau telah memulakan kempen untuk calon bebas DUN Perai, David Marshal untuk menumbangkan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Sundarajoo pada 12 Ogos ini.