11 OGOS: Jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat ikhlas mendukung satu sama lain bagi menghadapi Pilihan Raya
Negeri (PRN) di enam negeri.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keikhlasan tersebut telah diterjemahkan menerusi peluang agihan kerusi yang diberikan PH kepada BN.
Katanya, daripada 245 kerusi ditandingi ketika ini, BN diberi peluang bertanding 108 kerusi.
“Dulu kerusi penyandang kita tidak lebih dari tiga, ertinya PH beri peluang kepada BN untuk bertanding.
“PH telah mmperlihatkan keikhlasan kepada BN, oleh sebab itu menjadi tanggungjawab BN untuk membalas keikhlasan ini dengan beri sokongan kepada semua calon PH,” katanya.
Beliau berkata demikian di Grand Finale Kita Selangor di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, malam tadi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan jentera BN wajib menolong calon-calon PH di Selangor.
Tambahnya, perkara tersebut dilakukan sebagai tanda sokongan dan semangat yang ditunjukkan kedua-dua parti Kerajaan Perpaduan.
“Oleh itu, kita mahu saudara Datuk Seri Amirudin Shari akan terus menjadi Menteri Besar Selangor.
“Kita tahu bahawa kita diserang, diterjah pelbagai fitnah dan sebaginya, tetapi saya yakin apabila merah dan biru bercantum dengan penuh keserasaian, insya-Allah kita pasti mencapai kemenangan,” ujarnya.