12 OGOS : Terengganu dan Kelantan masing-masing mengekalkan kerajaan yang sama di bawah kepimpinan Pas setelah memperolehi majoriti lebih 50 peratus kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh memaklumkan PAS menang 17 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan di Terengganu setakat 9.45 malam.
Di Kelantan, PAS menang 23 daripada 45 kerusi DUN setakat 9.56 malam, katanya.
“Dengan ini, (PAS) berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan (di Terengganu dan Kelantan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR, hari ini.