12 OGOS : Semua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.
Ia termasuklah 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang juga ditutup pada waktu yang sama.
Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.
Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.
Sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya enam negeri hari ini yang menyaksikan 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Uundangan Negeri (DUN).
Pusat penamaan calon PRN enam negeri, PRK Kuala Terengganu dibuka tepat 9 pagi tadi
PRN enam negeri bermula hari ini, penamaan calon di 173 pusat jadi tumpuan
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan Kelantan mempunyai 45.
Bagi PRK Kuala Terengganu pula, seramai 122,160 pengundi biasa daripada 123,575 pemilih berdaftar layak mengundi.
PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu satu.
PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.