nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gubal undang-undang cegah guna bahasa kasar

15 Ogos : Kerajaan perlu menggubal undang-undang bagi mencegah penggunaan bahasa kasar yang boleh mencetuskan konflik terutama melibatkan isu 3R (bangsa, agama dan institusi raja).

Felo Kanan Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata keadaan semasa menyaksikan sentimen 3R berada pada tahap membimbangkan sehingga ada keperluan mendesak untuk mewujudkan perundangan bagi mengawasinya.

Katanya, serangan yang dilakukan dalam konteks 3R ini, sama ada dalam komunikasi tertutup atau terbuka berpotensi mencetus konflik.

“Ia tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan sehingga menjadi krisis, iaitu keadaan berbahaya yang tidak mudah dikawal lagi.

“Oleh itu, adalah sangat penting sesuatu serius dilakukan sekarang, iaitu penggubalan perundangan yang boleh mencegah penggunaan bahasa sehingga membangkitkan kemarahan. Syabas kepada kerajaan semasa yang memperlihat keazaman ke arah ini,” katanya, lapor Bernama.

Kok Seong berkata penggubalan perundangan itu penting untuk melindungi maruah manusia khususnya hak asasi manusia yang melarang sebarang penghinaan sesama manusia dan menjaga ketenteraman awam iaitu tanpa ada rusuhan dan serangan terhadap kumpulan tertentu.

Katanya, menerusi perundangan, rakyat akan dididik untuk menghormati pihak lain walaupun dalam keadaan tidak bersetuju dengan pandangan dan tindakan sesuatu pihak itu.

“Perbezaan pandangan perlu dilangsaikan menerusi penghujahan tanpa menggunakan bahasa kesat. Inilah yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui penggubalan perundangan ini. Sebenarnya, banyak negara di dunia sudah menggubal perundangan begini.

“Ia juga dilakukan atas tuntutan kedaulatan negara, yakni sesebuah negara itu mampu mengawal apa yang berlaku dalam wilayah sempadannya, di samping perpaduan negara iaitu hubungan baik antara kaum dan integrasi nasional, yakni hubungan mesra antara wilayah dalam negara,” katanya.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed juga mengusulkan kerajaan meneruskan cadangan mewujudkan akta khusus bagi memastikan isu 3R dipelihara serta tidak dijadikan bahan provokasi yang boleh mengundang perpecahan dan menggugat keharmonian negara.

Beliau berkata walaupun kerajaan sebelum ini bersetuju untuk menyemak Akta Hasutan 1948 (Akta 15) bagi melindungi Institusi Raja-Raja namun akta berkenaan disifatkan terlalu meluas dan perlunya satu skop khusus untuk aspek 3R.

“Jika di Thailand, memang ada akta khusus mengenai kritikan terhadap Raja bagi mengangkat rasa hormat rakyat kepada institusi berkenaan.

“Sekiranya kita dapat wujudkan satu akta lebih terangkum mengenai 3R, ia akan memudahkan kerajaan untuk mengawal dan mengambil tindakan, selain pada masa sama mendidik masyarakat serta ahli politik untuk tidak menyentuh hal yang mengundang sensitiviti,” katanya.

Mengambil kira keterbukaan media sosial yang menjadi platform pengguna melontarkan pandangan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM itu juga berkata akta khusus 3R penting supaya masyarakat lebih berhati-hati dalam sebarang hantaran dan perkongsian.

“Dalam konteks sekarang, ada mempersoal mengenai kebebasan bersuara di negara ini yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan namun kita perlu ingat kebebasan dimaksudkan bukan absolute dan ada had yang perlu difahami dengan jelas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.