nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ribuan berarak di Bosnia bantah pembunuhan wanita disiar di IG

15 Ogos : Ribuan penduduk berarak di Sarajevo dan bandar lain di Bosnia semalam selepas beberapa hari seorang wanita dibunuh pasangannya yang menyiarkan pembunuhan itu secara langsung di Instagram, lapor AFP.

Suspek berusia 35 tahun itu menyiarkan pembunuhan itu sebelum membunuh dua lagi lelaki dan membunuh dirinya sendiri.

“Kami menuntut tindakan femisid (pembunuhan wanita) diisytiharkan sebagai jenayah berasingan,” kata Datuk Bandar Sarajevo, Benjamina Karic.

Bercakap bagi pihak penunjuk perasaan, Karic menggesa hukuman lebih keras terhadap jenayah femisid dan keganasan rumah tangga selain mewujudkan lebih banyak rumah perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa keganasan.

Pada masa sama, beliau menggalakkan lebih ramai mangsa keganasan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Ini adalah detik terakhir untuk melaksanakan langkah sewajarnya. Semua pihak yang memiliki kuasa dan bertolak ansur dengan keadaan ini dianggap bersubahat dalam keganasan ini,” katanya.

Terdahulu, penunjuk perasaan berhimpun sambil membawa sepanduk tertulis ‘Hentikan femisid’, ‘Katakan tidak pada keganasan’ dan ‘Berdiam diri adalah bersubahat’.

Penunjuk perasaan turut berhimpun di jalan raya sekitar bandar Gradacac, Mostar dan Zenica selepas menghadiri pengebumian mangsa.

Jumaat lalu, ahli bina badan profesional yang juga pelatih kecergasan, Nermin Sulejmanovic, 35 membunuh pasangannya, Nizama Hecimovic, 37 menggunakan pistol selepas memukulnya sambil menyiarkan perlakuan jenayah itu di Instagram.

Sebelum itu, Sulejmanovic memaksa mangsa dan anak mereka yang berusia sembilan bulan untuk meninggalkan kediaman sepupu Hecimovic, lokasi wanita itu bersembunyi selepas melarikan diri akibat dipukul beberapa hari sebelumnya.

Sulejmanovic membunuh diri selepas bertindak gila membunuh beberapa orang termasuk orang awam.

Menurut laporan media tempatan, siaran pembunuhan itu disaksikan secara langsung oleh ribuan orang termasuk ada antaranya yang menggalakkan suspek untuk terus bertindak ganas.

Selepas membunuh pasangannya, Sulejmanovic membunuh dua lagi individu iaitu seorang lelaki dan anaknya serta mencederakan tiga yang lain iaitu seorang wanita dan dua lelaki, termasuk seorang anggota polis.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tempatan memaklumkan, kira-kira 20 wanita dibunuh pasangan mereka di Bosnia dalam tempoh dua tahun lalu.

Negara yang memiliki 3.5 juta penduduk itu merekodkan 48 peratus wanita menjadi mangsa keganasan lelaki selepas berusia 15 tahun, berdasarkan kajian OSCE pada 2018.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.