16 Ogos : Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Rabu berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan, lapor Bernama.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM37.17 bilion dan RM16.49 bilion dalam dana Islam.
Pada Rabu, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM1 bilion selama tujuh hari dan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender RM1.5 bilion untuk 33 hari dan tender RM500 juta bagi jangka masa 92 hari.
BNM turut mengumumkan pembukaan tender Bil Antara Bank Bank Negara membabitkan sejumlah RM2 bilion selama 31 hari yang akan diterbitkan pada 18 Ogos 2023.
Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, ia akan menawarkan sehingga RM38.2 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM16.5 bilion bagi tender semalaman Murabahah.