nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Trump, 18 sekutu didakwa di mahkamah

16 Ogos : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan 18 sekutunya didakwa di Georgia atas pertuduhan cuba membatalkan keputusan Pemilihan Presiden 2020.

Bekas peguam Trump, Rudy Giuliani; Ketua Staf Rumah Putih, Mark Meadows dan bekas Penolong Peguam Negara AS, Jeffrey Clark adalah antara pembantu serta rakan sekutu bekas presiden itu yang didakwa di Georgia, Isnin lalu.

Rudy Giuliani, bekas Datuk Bandar New York, 79 didakwa atas tuduhan terbabit dan bersubahat, menyaksikan kejatuhan hebat bagi individu yang pernah dilantik Pendakwa Raya Persekutuan itu.

“Ini adalah penghinaan kepada sistem demokrasi Amerika dan mendatangkan kemudaratan yang kekal serta tidak boleh ditarik balik kepada sistem keadilan kita.

“Penjenayah sebenar di sini adalah mereka yang telah membawa kes ini ke hadapan secara langsung dan tidak langsung,” kata Giuliani dalam satu kenyataan selepas dakwaan, lapor Agensi.

Meadows, 64 seorang wakil konservatif terkemuka di Kongres sebelum menyertai Rumah Putih didakwa meminta pegawai awam melanggar sumpah mereka.

Defendan utama lain termasuk sebilangan besar peguam konservatif yang menasihati kempen Trump dan membantu usahanya untuk membatalkan keputusan pilihan raya seperti John Eastman, Kenneth Chesebro, dan Sidney Powell.

David Shafer, bekas pengerusi parti Republikan Georgia, turut didakwa.

Suspek lain yang didakwa termasuk Eastman,atas tuduhan terbabit kegiatan haram dan mendesak pegawai awam melanggar sumpah mereka melakukan konspirasi untuk menyamar sebagai pegawai awam, pemalsuan dan memfailkan dokumen palsu.

Eastman, seorang peguam konservatif menjadi penasihat rapat kepada Trump dalam beberapa minggu selepas pilihan raya.

Jeffrey Clark, yang bertanggungjawab dalam hal-hal alam sekitar dan sumber asli di Jabatan Kehakiman di bawah Trump didakwa dengan dua pertuduhan iaitu terbabit kegiatan haram dan membuat kenyataan palsu.

Powell yang juga bekas peguam kempen Trump adalah arkitek teori konspirasi yang meluas menyatakan sebuah syarikat mesin mengundi menipu pilihan raya presiden 2020.

Dia didakwa dengan tuduhan mengadakan konspirasi untuk melakukan penipuan pilihan raya dan konspirasi untuk melakukan kecurian komputer antara jenayah lain.

Chesebro, seorang peguam kempen Trump 2020 didakwa terbabit dalam membuat senarai pemilih presiden palsu di Georgia dan tempat lain.

Selain terbabit kegiatan haram dia turut didakwa atas konspirasi untuk melakukan penipuan dan pemalsuan.

Shafer yang juga bekas Senator negeri dan bekas presiden Senat adalah antara suara paling menonjol yang menyokong dakwaan pilihan raya Trump ‘dicuri’ itu didakwa dengan konspirasi untuk menyamar sebagai pegawai awam dan pemalsuan peringkat pertama.

13 pertuduhan jenayah yang dibawa oleh juri utama pada Isnin terhadap Trump sepadan dengan yang disenaraikan dalam dokumen yang disiarkan di laman sesawang mahkamah pada awal hari itu dan dilaporkan oleh Reuters sebelum ia dipadamkan.

Juri Agung Georgia menggunakan undang-undang yang dibangunkan untuk menumpaskan kumpulan jenayah terancang untuk mendakwa Trump selaku wakil Republikan kerana cuba membatalkan kekalahannya pada pilihan raya 2020 kepada wakil Demokrat, Joe Biden.

Pertuduhan yang dibawa pada Isnin oleh Willis, menamakan Trump dan 18 sekutunya terbabit secara terus dalam penyelewengan serta penipuan pencalonan Republikan 2024.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.