nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pesawat ringan bawa 6 penumpang, 2 kru terhempas di Elmina

17 Ogos: Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, terdapat tiga individu terkorban dalam kejadian itu termasuk seorang penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pesawat berkenaan ketika terhempas di jalan raya.

Video dan gambar pesawat yang terbakar tersebar di media sosial sejak sekitar jam 3 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud yang mengesahkan insiden itu berkata pesawat model Beechcraft Model 390 (Premier 1) dikendali Jetvalet Sdn. Bhd. itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Pesawat itu menghubungi Menara Kawalan Trafik Udara pada 2.47 petang dan kebenaran mendarat diberi pada 2.48 petang.

“Pada 2:51 petang menara kawalan melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautik Kuala Lumpur (KL ARCC) telah diaktifkan bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau memberitahu seramai enam penumpang dan dua kru penerbangan berada dalam pesawat tersebut namun keadaan mereka masih belum dipastikan setakat kenyataan ini dibuat pihaknya.

Katanya, siasatan akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan akan mengadakan sidang akhbar berkait kejadian itu, petang ini.

CAAM mengesahkan pesawat terlibat model Beechcraft Model 390 (Premier 1) dikendali Jetvalet Sdn. Bhd.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Syahmi, 31 menceritakan kejadian itu.

“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” katanya yang pada mulanya menyangka bunyi dentuman kuat kerana ada kilang terbakar.

“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai. Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.