17 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan, Cheras hari ini
Di sekolah berkenaan, beliau meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk status tandas yang kini dalam penambahbaikan secara berperingkat untuk diguna warga sekolah.
“Saya sempat mengadakan lawatan mengejut di SK Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.
“Adalah menjadi harapan saya supaya warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan disediakan dalam mewujudkan persekitaran selesa serta kondusif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilaya dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik, Sungai Besi.
Murid SK Desa Tasik mengambil peluang bergambar bersama Perdana Menteri
Foto: Fath Rizal/Pejabat Perdana Menteri