nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Pusat, negeri bantu urus jenazah, keluarga

18 Ogos: Kerajaan bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, petang semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan berkenaan akan melibatkan kesemua pihak termasuk kerajaan Pusat, negeri dan agensi-agensi kerajaan.

“Saya mohon keluarga terus bersabar. Tiada siapa yang boleh jangka insiden ini akan berlaku. Kerajaan akan bantu untuk ringankan beban waris.

“Sekarang ini, kita berikan bantuan diperlukan untuk urus jenazah dan apa saja bentuk bantuan, terutamanya kepada waris mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,”katanya.

Anwar berkata demikian selepas melawat keluarga mangsa nahas pesawat di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari  ini.

Beliau turut diiringi  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar sementara Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Anwar turut memohon maaf kepada rakyat sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur kerana tidak dapat hadir seperti dijadualkan sebelum ini bagi mengutamakan menyantuni keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Menyentuh soal pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai susulan kematian ADUNnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat itu, Anwar berkata perkara itu akan dibincang kemudian.

“Yang itu (PRK DUN Pelangai) tak apa, kita tunggu kemudian,” katanya.

Johari yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang dilaporkan antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas peswat yang berlaku di Bandar Elmina, Shah Alam kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati pesawat berkenaan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang. Oleh AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.