20 OGOS: Sebuah dron Ukraine dilaporkan telah menyerang bangunan stesen kereta api bandar Moscow sekali gus menyebabkan lima orang cedera ringan.
Menurut laporan Sputnik, perkara itu dinyatakan Gabenor Wilayah Kursk Roman Starovoit baru-baru ini.
“Menurut maklumat awal, serangan dron Ukraine di Kursk mengenai bumbung bangunan stesen kereta api mencetuskan kebakaran pada bumbung. Lima orang cedera ringan terkena serpihan kaca,” kata gabenor itu di Telegram.
Starovoit berkata, semua perkhidmatan operasi berada di tempat kejadian, sementara butiran kejadian sedang diperincikan.
Sementara itu, Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin pada malam Ahad berkata, pasukan pertahanan udara turut menghentikan sebuah dron Ukraine yang terbang ke Moscow dari arah selatan.