nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Cukup-cukuplah berpolitik, beta dah penat dengar’ : Sultan Selangor

21 Ogos : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar semua wakil rakyat di negeri itu berhenti bermain politik.

Titah baginda, tumpuan perlu diberikan untuk menyelesaikan masalah rakyat termasuk usaha memulihkan semula ekonomi Selangor.

“Cukup-cukuplah kita berpolitik, rakyat dan penat, beta pun dah penat dengar.

“Bangunlah ahli-ahli yang berhormat semua. Fikirkanlah masa depan negeri, negara dan masa depan anak cucu kita.

“Jadikan Selangor hebat semula seperti mana pada zaman kegemilangan negeri Selangor tidak berapa lama dahulu,” titahnya ketika Istiadat Pelantikan Menteri Besar Selangor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (Exco) di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Baginda bertitah kerajaan perlu menitikberatkan aspek kelancaran pengurusan pentadbiran dengan mengurangkan aspek birokrasi yang boleh menyusahkan serta membebankan rakyat ketika berurusan dengan kerajaan.

“Rakyat perlu sentiasa didahulukan, diutamakan dan dibela dalam segala aspek pembangunan dan pentadbiran kerajaan.

“…rakyat telah memilih ahli-ahli yang berhormat bagi mentadbir negara dan negeri dengan harapan agar pemimpin yang dipilih ini mengutamakan agenda kemakmuran rakyat agar kekayaan negara dapat dinikmati bersama dan rakyat dapat hidup dengan selesa, makmur sehingga ke generasi akan datang.

“Oleh itu keperluan asas rakyat, pemulihan ekonomi dan kos sara hidup perlu sentiasa dititik beratkan agar mereka tidak terus dibebani dengan kemelut kemeseletan ekonomi yang begitu mencabar sekarang ini,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menyentuh berkait masalah banjir yang perlu. diselesaikan kerajaan negeri.

“Apalah gunanya kita berbangga dengan pencapaian kemajuan ekonomi yang pesat serta status negeri kaya serta kejayaan mencatat KDNK tertinggi di Malaysia seandainya masalah keperluan asas rakyat pun tidak mampu diuruskan dengan baik,” titah baginda.

Dalam titah sama, baginda membangkitkan keadaan di mana kini Selangor mula ketinggalan dari segi pelaburan dan nilai eksport barangan berbanding Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

“Kejatuhan ini mungkin tanpa kita sedari dan kita dilihat gagal untuk segera mengatasinya.

“Ahli-ahli yang berhormat perlu sedar dengan fakta dan realiti ini. Satu tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan ia daripada terus menjejaskan reputasi negeri Selangor sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia.

“Beta menaruh harapan yang tinggi untuk ahli-ahli yang berhormat sekalian bagi memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan turun ke padang bagi melihat sendiri keadaan pembangunan yang dirancang dan sedang berjalan,” titah baginda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.