21 Ogos : Kerajaan Terengganu yang dipimpin Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan sama seperti peringkat Persekutuan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pentadbirannya itu tidak akan menggunakan tema dan logo alternatif yang dicadangkan oleh Pemuda PN.
“Bagi kami di Terengganu, kami akan guna logo yang sama dengan (kerajaan) Persekutuan,” katanya.
Namun beliau sempat menegaskan tema Hari Kebangsaan peringkat negeri ditetapkan oleh kerajaan, bukan kerajaan Persekutuan.
Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan akan digunakan bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Semalam Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkann logo alternatif bagi sambutan kemerdekaan di empat negeri PN iaitu berdasarkan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan dengan lima kelopak dan menggunakan warna Jalur Gemilang.
Tema yang ditetapkan pula adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.
Negeri dipimpin PN ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.