nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PN umum calon PRK Simpang Jeram, Pulai

23 Ogos : Perikatan Nasional (PN) mengumumkan dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang dijadualkan bulan depan.

Timbalan Ketua Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar dicalonkan di Parlimen Pulai manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mohd Mazri Yahya calon bagi DUN Simpang Jeram.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

“Kita beri keutamaan kepada anak tempatan, anak Johor. Saya harap keputusan yang saya umum ini diterima dengan hati terbuka untuk kemenangan kita,” katanya.

Zulkifli merupakan seorang usahawan sementara Dr Mohd Mazri adalah pakar bedah vaskular.

Sebelum ini, PH terlebih dahulu mengumumkan calon mereka dari parti Amanah yang mempertaruhkan bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat di Pulai dan bekas jurutera Majlis Perbandaran Muar Ir Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka susulan kematian Salahuddin Ayub, 23 Julai lalu.

Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak.

Parlimen Pulai boleh dianggap sebagai kubu kuat Amanah dan pada PRU lalu, Allahyarham mempertahankan kemenangannya dengan majoriti 33,174 undi.

Allahyarham juga menang di Simpang Jeram sejak kerusi itu diwujudkan pada 2018 di mana pada PRN Johor pada 2022, Allahyarham mempertahankan kemenangannya dengan majoriti 2,399 undi.

Di Pulai, pengundi Melayu merangkumi 44.17 peratus pengundi, diikuti Cina (40.47 peratus) dan India (12.7 peratus).

Di Simpang Jeram pula, pengundi Melayu merangkumi 51.87 peratus pengundi, diikuti Cina (44.58 peratus) dan India (2.53 peratus).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.