nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tangani harga naik, ganda hasil tempatan : PM

24 OGOS : Kerajaan tidak pernah memandang ringan soal kenaikan harga barang yang membebankan rakyat meski terpaksa akui tugas tersebut bukannya mudah namun tidak sesekali akan bersikap lepas tangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meskipun kekangan kerajaan terhadap barangan import yang tidak boleh dikawal harganya namun pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menggandakan hasil dalam negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk luar.

“Saya dah arah syarikat-syarikat besar, misalnya Sime Darby, Guthrie, FELDA untuk fikirkan perkara ini kerana kita import terlalu banyak barang makanan. Kita di Malaysia ada tanah yang subur tapi kita masih import semua barang makanan.

“Khazanah umpamanya bekerjasama dengan syarikat Farm Fresh untuk keluaran (produk tenusu) dalam negeri, dengan cara itu kita boleh kurangkan kos. Kalau import harganya mesti lagi tinggi.

“Saya hendak beri jaminan kita tak pandang ringan walau orang kecam macam-macam. Contoh kerja baik itu (Allahyarham) Datuk Seri Salahuddin Ayub (melalui Payung Rahmah),” katanya ketika berucap merasmikan Program Jualan Rahmah Mega@Tambun di pekarangan Mydin Manjoi di Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengambil contoh pengeksport bawang terbesar dunia, India yang mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang sekali gus menyukarkan kerajaan untuk mengawal harganya.

“Keperluan bawang merah dan bawang putih, memang kita import dari India, kalau kita nak tanam (sendiri), ambil masa sikit sebelum ada hasil.

“Bila berlaku kenaikan cukai itu, bermakna ada hal yang kita boleh kawal, ada yang susah nak kawal (harga barang),” katanya.

Antara langkah diperkenalkan kerajaan dalam mengawal harga barangan keperluan di negara ini termasuk pasar tani, aplikasi mobil PriceCatcher dan Jualan Rahmah.

Jualan Rahmah Mega@Tambun yang bermula 8.30 pagi merekodkan jualan sebanyak RM270,000 membabitkan 36 jenis barangan dengan kehadiran lebih 8,000 pengunjung setakat jam 4.30 petang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.