nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Zahid akan jumpa akar umbi UMNO dalam masa terdekat

24 OGOS: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu beliau bakal bertemu dengan kepimpinan dan ahli akar umbi dalam masa terdekat.

Kata beliau, sudah tiba masanya UMNO memandang terus ke hadapan dalam menyelesaikan kemelut parti itu tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

“Saya sendiri akan turun ke 191 Bahagian (UMNO)di seluruh negara dan berhajat untuk bertemu mereka bukan sahaja di bahagian tertinggi kepimpinan  tetapi akan bertemu juga dengan Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (UMNO) cawangan.

“Saya harap pusingan pertama berjalan lancar dan berharap pada pusingan kedua pula boleh bertemu ahli-ahli di peringkat cawangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Himpunan Solidariti Wanita bersama Presiden ‘Mempertahankan Institusi Presiden’ di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.

Hadir sama adalah Pengarah Strategik dan Komunikasi  BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Sekitar 1,000 Wanita UMNO dari seluruh negara menghadiri program solidariti  tersebut bagi menyatakan sokongan kepada Ahmad Zahid yang didesak untuk meletak jawatan kerana didakwa menjadi punca kelemahan prestasi BN pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut  menyatakan sokongan padu kepada mana-mana calon Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) yang akan dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai yang bakal berlangsung 7 Oktober ini.

Jelasnya, beliau bersama jentera BN akan turut bekerjasama bagi membantu memenangkan calon PH-BN yang bakal bertanding nanti.

“Kita (BN) adalah penyandang kerusi DUN Pelangai. Sudah pasti saya mengharapkan calon BN bertanding. Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Pahang tentang hal ini.

“Kita mengharapkan semua parti-parti komponen yang berada di bawah Kerajaan Perpaduan untuk bersama-sama membantu dan esok saya akan ke Pulai dan Simpang Jeram bagi mengetuai jentera BN untuk membantu calon PH di sana,”katanya.

Mengulas mengenai tindakan ADUN UMNO Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis dilaporkan hadir pada sebuah majlis Perikatan Nasional (PN) di Johor malam tadi, Ahmad Zahid berkata perkara itu telah dimaklumkan kepadanya dan kepimpinan UMNO akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya sudah terima laporan dan akan melakukan sesuatu,” katanya ringkas. OLEH AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.