28 OGOS : Mahkamah Pakistan hari ini membebaskan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang didakwa atas tuduhan membunuh.
Peguam, Naeem Panjutha yang mewakili Imran berkata tuduhan membunuh seorang peguam di bandar selatan Quetta yang dilemparkan terhadap Khan itu ditolak oleh mahkamah.
Imran didakwa atas tuduhan membunuh itu pada Jun lalu.
“Segala puji bagi Tuhan,” katanya menerusi platform X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Beliau turut berdepan lebih 100 kes sejak disingkirkan pada April 2022 selepas berselisih dengan tentera yang menguasai negara itu.
Mahkamah Tinggi Islamabad hari ini dijadualkan untuk memberikan keputusan terhadap rayuan yang difailkan oleh Imran bagi menggantung sabitannya dalam kes rasuah.