nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahli UMNO, orang Melayu perlu berhenti fobia pada DAP

29 OGOS : Ahli UMNO dan orang Melayu secara keseluruhannya perlu berhenti fobia dengan DAP yang kini berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata DAP sudah pun bersetuju serta menyatakan deklarasi untuk menyokong empat perkara utama dalam Perlembagaan Negara.

“Akar umbi UMNO dan orang Melayu seharusnya menghentikan sikap fobia terhadap DAP dan perlu bersikap terbuka dengan dinamik politik baharu parti ini.

“Semua tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO telah memainkan peranan dengan baik dengan memberi penerangan kepada pengundi khususnya warga emas bagi memastikan sokongan semua peringkat umur ahli parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh, Muar pada malam Isnin.

Turut hadir Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata jentera muda Kerajaan Perpaduan perlu terus meningkatkan lagi kerja-kerja menarik golongan seusia mereka melalui media sosial menerusi pelbagai platform yang ada.

Jelas beliau, golongan muda lebih terarah kepada penggunaan media sosial dan oleh yang demikian, cara ini dilihat lebih berkesan untuk menarik minat mereka.

“Apa yang saya harapkan adalah semua pengundi perlu berfikiran bijak kerana apa yang kita pilih ini adalah untuk tempoh lima tahun bukan lima hari dan kita akan berhadapan dengannya dalam tempoh panjang sekiranya tersilap pilih,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata  pengundi di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu memastikan kedua-dua kawasan itu terus kekal berada dalam Kerajaan Perpaduan bagi memudahkan tempoh pengurusan dalam masa panjang.

“Jika tersilap pilih, ia akan menjadikan Pulai dan Simpang Jeram di bawah pentadbiran pembangkang yang secara tidak langsung menyukarkan pengurusan untuk tempoh lima tahun.

“Berada di bawah pentadbiran wakil rakyat daripada kerajaan yang secara tidak langsung memudahkan urusan mendapatkan bantuan daripada kementerian dan secara tidak langsung menyelesaikan dengan mudah setiap masalah dihadapi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.