nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kembara Kenali Borneo : Agong, Permaisuri dekati rakyat

1 SEPT : Kembara Kenali Borneo bakal merealisasikan impian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo dalam program pengembaraan yang pertama kali diadakan oleh seorang ketua negara.

Pastinya ia membuka peluang keemasan bagi rakyat di Sabah dan Sarawak untuk beramah mesra dan mengenali lebih dekat pasangan diraja ini.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada sambutan Hari Kebangsaan, semalam. Foto : Facebook Istana Negara.

Bermula dari Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano, Sarawak mulai 3 hingga 13 September, Kembara Kenali Borneo akan mencatat sejarah tersendiri dan pengalaman unik kerana pelbagai program serta aktiviti bersama rakyat dirancang seperti dihasratkan Seri Paduka untuk mengenali lebih dekat penduduk kedua-dua negeri yang kaya dengan adat resam, budaya dan seni kraf suku kaum.

Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong, Brigadier Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya yang juga Ketua Pegawai Operasi Kembara Kenali Borneo berkata beberapa program diatur untuk Seri Paduka berdua mendekati rakyat dan santap bersama dengan komuniti setempat, melawat tempat menarik dengan keunikan alam semula jadi dan tamu atau pasar harian yang sinonim dengan masyarakat setempat.

“Program-program ini tidak diminta oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Tuanku (Seri Paduka berdua) sendiri yang menyatakan hasrat untuk melawat lokasi yang dipilih dan mengambil peluang untuk melihat kawasan-kawasan lain (di Sabah dan Sarawak).

“Malah, Tuanku turut menyatakan hasrat untuk sumbang kurnia kepada pihak yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di Istana Negara, baru-baru ini, lapor Bernama.

Mohamed Zahari berkata Seri Paduka berdua turut berhasrat menikmati makanan tempatan Sabah dan Sarawak selain ingin merasai pengalaman memandu sendiri kereta menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo seperti dizahirkan Al-Sultan Abdullah semasa bertitah pada pembukaan sidang Parlimen, Februari lepas.

Beliau berkata, Kembara Kenali Borneo membawa makna tersendiri kerana Yang di-Pertuan Agong ibarat simbol perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini apatah lagi ia diadakan tatkala rakyat masih dalam suasana bulan kebangsaan, meraikan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

“Kami berpendapat dengan kembara ini, Tuanku akan dapat merapatkan perhubungan antara rakyat dan perpaduan di Malaysia khususnya dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Jelajah Kembara Kenali Borneo akan melibatkan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Selain Tawau, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual singgah di lapan daerah iaitu Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Lawas, Sarawak pada tempoh 3 hingga 7 September sebelum memasuki Brunei.

Bagi laluan selanjutnya, Seri Paduka berdua dan rombongan dijadual memulakan perjalanan dari Miri pada 9 September dan menyertai aktiviti bermukun (bergendang), sukan dan kenduri rakyat di Pantai Bungai Bekenu sebelum bergerak ke Bintulu, Tatau, Sibu, Sri Aman, Kuching dan akhirnya ke Telok Melano.

“Raja Permaisuri Agong turut bertitah baginda ingin melihat kraftangan rakyat tempatan,” katanya, merujuk antara pusat kraftangan yang akan dilawati Seri Paduka berdua iaitu di Penampang, Sabah dan Miri, Sarawak.

Selain itu, Mohamed Zahari berkata Tunku Azizah akan menyertai aktiviti memasak bersama komuniti setempat dalam Kembara Kenali Borneo seperti dihasratkan sendiri oleh Raja Permaisuri Agong.

Mohamed Zahari berkata Istana Negara mendapat kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah serta Sarawak bagi memastikan kelancaran dan aspek berkenaan berada pada tahap yang baik.

Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada 6 September dan Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching pada 12 September.

*Foto : Facebook Istana Negara

Get real time updates directly on you device, subscribe now.